Selasa, 6 Ogos 2024

JEJAK SEMINGGU

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Ramai Peniaga Membanjiri  Sabah

Kota Kinabalu. Beberapa penduduk asli negeri ini mendedahkan terlalu senang menjalankan perniagaan bergerak dinegeri ini, bayangkan lah depan mata ramai peniaga meragukan terus bebas bergerak membawa pelbagai jualan mereka untuk dipasarkan cara bergerak. 

                Majoriti berniaga cara bergerak dikuasai oleh warga asing yang dilapor sering menyamar sebagai warga tempatan, namun tidak ramai warga Sabah mampu meneliti isu isu seumpama melainkan mereka terus menjadi pelanggan peniaga terlibat setiap masa.

              Antara daya tarikan golongan peniaga berkenaan ialah ambil barang dahulu tanpa deposit namun selepas 14 hari baru hari hari mereka pungut pembayaran, warga asing dinegeri ini dilaporkan juga menjalankan perniagaan pinjaman wang juga dengan sistem bayaran harian mengikut perjanjian dengan peminjam orang tempatan.

              Kes tersebut sukar dibendung berikutan golongan peminjam dan warga asing bersekongkol tidak menghebahkan perkara seumpama pada pihak berkuasa, tidak hairan lah ramai warga asing membanjiri negeri Sabah berniaga secara gelap berniaga bergerak serta memberi pinjaman tanpa lesen ujar aktivis masyarakat sstempat.
 

Oleh. Koijul Hairol

BARANGAN SABAH KEJAP NAIK KEJAP TURUN

Sabah. Penduduk miskin dalam negeri ini menggesa kerajaan pusat, agar turun padang menilai harga barangan yang kejap turun dan kejap naik harga. 

         Sistem berkenaan dilaporkan setiap 14 hari kadar harga diubah dengan menggunakan stiker pelekat RM12.50  dan RM15.30 mengikut suka hati pemilik kedai, sustem seumpama menyebabkan ramai penduduk miskin terus menyalahkan kerajaan pusat deng0an kensikan tersebut sedangkan kerajaan pusat bersungguh mengawal kadar kenaikan harga barangan.

         Ini didedahkan oleh beberapa ahli badan NGO  yang menerima rungutan penduduk Sabah menyalahkan kerajaan pusat berhubung kenaikan harga barangan dipermus perniagaan tempatan, malah ada juga permis perniagaan yang melawan bila ditanya orang ramai berhubung kenaikan kadar harga barangan didalam kedai mereka  jelas ahli badan NGO terlibat. 

          Sehubungan dengan kes ini kerajaan pusat wajar turun padang membuat tinjauan disetiap permis perniagaan terutama pekan pekan kecil bagi memantau harga yang dinaik oleh pemilik kedai ujar badan NGO berkenaan.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan