Jumaat, 23 Ogos 2024

TARUMT INISIATIF UNTUK WARGA SABAH

Terletak  dalam negeri dibawa bayu, cawangan TARUMT Sabah adalah satu satu nya Cawangan TARUMT di Malaysia Timur. 
 
      Kampus ini dibina  pada tanah seluas 6 ekar dalam kawasan Alammesra yang terletak hanya 15 minit sahaja dari bandar Kota Kinabalu. 

           TARUMT adalah sebuah  Institusi Pengajian Tinggi  yang ditubuhkan Oleh MCA sejak tahun 1969 dan dibawa masuk ke Sabah pada tahun 2002.

            Kampus yang dibina khas ini mampu menampung sehingga 3000 pelajar, memiliki kelengkapan kemudahan yang moden, makmal komputer, ruang pembelajaran yang kondusif. 

          TARUMT Sabah menyediakan pelbagai kemudahan termasuk dua blok tutorial, satu blok pentadbiran dan satu blok kafeteria  serta pusat aktiviti pelajar.

         Kemudahan sukan juga lengkap antaranya ialah gelanggang  Bola Keranjang, Futsal, Badminton, Gimnasium yang lengkap serta Kolam Renang. 

         Sebagai menyokong  pendidikan tinggi yang berkualiti, tanpa mengira bangsa dan agama mahupun latarbelakang, TARUMT telah mewujudkan satu skim Biasiswa Percuma khusus untuk bumiputera Sabah yang  berhasrat dan layak untuk melanjutkan pengajian di Universiti ini. 

        Setiap tahun sebanyak 15 pelajar akan dipilih dibawah status B 40, untuk menerima biasiswa ini yang memberikan peluang kepada pelajar Bumiputera Sabah.

         Sebagai melanjutkan pelajaran warga Sabah, rebutlah peluang seumpama dalam negeri ini menerusi talian dan maklumat lanjut kami di 088348080 dan 01110825619 











Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor  
Bil 01

Tiada ulasan:

Catat Ulasan