Ahad, 11 Ogos 2024

UMAT ISLAM TERUS DIBEDIL ISRAEL

Oleh. Huzera Ben

Lubnan. Zionis Israel bukan sahaja menyerang Gaza dan Rafah masa 
 kini malah sudah 

menyasarkan disempadan Lubnan dengan alasan memburu Hizbollah. 

        Bayangkan lah yang menjadi korban serangan Israel adalah rakyat umat Islam yang tidak berdosa namun pihak berkuasa seluruh dunia sekadar menonton tanpa tindakan.

           Ini didedahkan bekas bekas pesara keselamatan Lubnan sebagai mengulas perbuatan Israel yang tidak lebih dari membunuh umat Islam ujar mereka.

           Sungguhpun Israel mendapat bantuan persenjataan dari Amerika Syarikat bagi membedil setiap umat Islam di Gaza, Rafah dan kini sempadan Lubnan, namun bukan muda mereka (Israel) memburu Hamas, AlQassam, Hizbollah dan Houthi yang terus membalas serangan terhadap Israel sehingga kini .

            Dalam konteks ini semua sasaran  Israel lebih tertumpu kepada orang awam Islam berbanding para pejuang yang mereka buru, ini menjadikan para pejuang Islam lebih bersedia menyusun jentera mereka membela semula kematian umat Islam dimana juga sasaran Israel jika ada kemahuan.

            Apapun isu Zionis Israel tidak akan terhenti membunuh umat Islam jika pemimpin negara negara berkuasa seluruh dunia berdiam diri, umat Islam seluruh dunia juga boleh bersatu dengan tindakan memboikot segala produk yang dikeluarkan oleh Israel luah penduduk Plastine. 








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. 














Tiada ulasan:

Catat Ulasan