Rabu, 7 Ogos 2024

TENTERA JUNTA DITENTANG KNDF

Oleh. Helary Sukiono

Mynmar. Pasukan junta tentera terkepung bila mana hampir setiap penjuru sempadan dilaporkan menjadi penguasaan pasukan KNDF  dengan rangkaian nya seperti pasukan TNCA, MNDAA dan PDF bergabung tenaga menentang tentera junta. 

            Slogan mereka penentang tentera junta adalah maufakat generasi anak Burma yang  mendapat sokongan tokoh tokoh politik bersara, malah seluruh generasi muda mudi diperkampungan juga menyokong penentang junta tentera  demi keamanan dan kestabilan politik berserta ekonomi rakyat perlu meningkat. 

         Penentangan terhadap junta tentera bagai tidak berhenti sehingga kehari ini malah kian memuncak dibeberapa penjuru sempadan dan kampung terpencil warga desa, tentera junta juga banyak yang menyerah serta lari keluar negara mereka melalui lorong lorong tikus jelas penduduk kampung setempat.

          Sehingga berita ini ditulis belum ada petanda perang  dengan tentera junta boleh berakhir malah kian mara penentangan,  KNDF Dan Semua Kroni Mereka makin melawan tentera junta  disetiap penjuru sempadan ujar penduduk perkampungan Mynmar.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga dodalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor

              
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan