Ahad, 25 Ogos 2024

TARUMT INISIATIF UNTUK WARGA SABAH

Terletak dalam negeri dibawa bayu, cawangan TARUMT Sabah adalah satu satunya Cawangan TARUMT di Malaysia Timur. 
        Kampus ini di

bina pada tanah  seluas 6 ekar dalam kawasan Alammesra yang terletak hanya 15 minit sahaja dari bandar Kota Kinabalu.

                TARUMT adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang ditubuhkan Oleh MCA sejak tahun 1969 dan dibawa masuk ke Sabah pada tahun 2002. 

             Kampus yang dibina khas ini mampu menampung sehingga 3,000 pelajar,  memiliki kelengkapan kemudahan yang moden, makmal komputer, ruang pembelajaran  yang kondusif.

           TARUMT Sabah menyediakan pelbagai kemudahan termasuk dua blok tutorial, satu blok pentadbiran dan satu blok kafeteria serta pusat aktiviti  pelajar. 

         Kemudahan sukan juga lengkap antaranya ialah gelanggang  Bola Keranjang, Futsal, Badminton, Gimnasium yang lengkap serta Kolam Renang. 

            Sebagai menyokong pendidikan tinggi yang berkualiti, tanpa mengira bangsa dan agama  mahupun latarbelakang TARUMT  telah mewukudakan satu skim Biasiswa Percuma untuk bumiputera Sabah yang berhasrat dan layak untuk melanjutkan pengajian  di  Universiti ini. 

             Setiap tahun sebanyak 15 pelajar akan dipilih dibawah status B 40 untuk menerima  biasiswa ini yang memberikan peluang kepada pelajar Bumiputera Sabah.

              Sebagai melanjutkan pelajaran  warga Sabah, rebut lah peluang seumpama dalam negeri  ini menerusi talian dan maklumat lanjut kami 088348080 dan 01110825619









Nota. Dilarang  membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor 
Bil 02

Tiada ulasan:

Catat Ulasan