Sabtu, 17 Ogos 2024

PELAN GENCATAN SENJATA DIJANGKA GAGAL

Oleh. Huzera Ben

Gaza. Akibat suara Israel bertukar tukar syarat dalam pelan perjanjian Gencatan Senjata di Gaza dan Rafah, Pejuang Hizbollah menolak pertukaran pelbagai syarat didalam kehendak Zionis Israel.

        Pemimpin Hizbollah juga dilaporkan bersiap siaga dengan sebarang kemungkinan pelbagai serangan Zionis Israel didalam kawasan mereka, malah segala kelengkapan pejuang Hizbollah telah tersedia didalam kawasan rahsia bagi mengelak segala tindak tanduk MOSSAD pengintip Israel.

            Menurut pejuang Hizbollah, Zionis Israel sentiasa bertukar tukar syarat yang dituntut bagi melaksanakan Gencatan Senjata,  namun mereka juga yang yang kerap memulakan serangan terhadap rakyat Plastine  sebaik pelan damai gencatan senjata mahu dimulakan.

             Umat Islam Plastine, Lubnan dan Iran mengharapkan kemampuan Hizbollah dan Houthi bagi mendepani kekejaman zionis Israel, malah umat Islam seluruh dunia  juga diperlukan bagi memberi sokongan bagi mendorong kekuatan  setiap pejuang Islam ujar mereka. 

              Pejuang Houthi berpandangan jika produk Israel diboikot Islam seluruh dunia keangkuhan mereka mungkin berkurangan malah mungkin tidak kejam seperti masa kini, namun apa lah daya umat Islam seluruh dunia masih ramai yang berbelah bahagi dengan pendirian melanggani beberapa produk perniagaan Israel. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan