Jumaat, 16 Ogos 2024

MENGGELAR DIRI 'MENTERI' DITAHAN

Oleh. Norsham Haji Tukirin 

Johor. Pihak berkuasa menahan seorang menggelar 'MENTERI' dalam Billah Abraham dilapor ajaran sesat dikawasan Batu Pahat hari ini.

           Kes terlibat akan dibicarakan pada 24 september 2024 bagi membendung kegiatan ajaran sesat yang berleluasa dinegara ini sehingga menggerunkan pihak berkuasa akibat menjadi ikutan orang ramai.

         Sebut sahaja kumpulan ajaran sesat pasti ramai yang terpengaruh menyertai kumpulan terlibat dengan pelbagai hujah daya tarikan dari  orang yang menganjurkan nya, malah ajaran sesat mampu memperdaya semua lapisan masyarakat termasuklah golongan yang berpendidikan tinggi sekalipun mampu menyertainya. 

          Anehnya, setiap ajaran sesat yang memasuki negara ini menjadi perhatian warga Malaysia tanpa mengkaji kebenaran nya apa tak lagi golongan berpendidikan tinggi, sangat jelas pelbagai ajaran sesat dinegara ini muda disertai semua lapisan masyarakat antara orang kampung  mahupun  golongan berpendidikan tinggi.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan