Rabu, 21 Ogos 2024

KENINGAU SIAPA MAMPU DIPILIH RAKYAT?

Oleh. Basron Kirwan/Norsham Haji Tukirin

Parlimen Keningau. Masyarakat berbilang kaum dan agama didalam kawasan tersebut masih bertanya sesama sendiri kemana halatuju sokongan parti politik jangkamasa panjang mereka. 

        Parti parti politik setempat silih bertukar ganti  termasuklah parti parti Sabahan mahupun parti Semananjung Malaysia namun tidak banyak perubahan sampai kehari ini, aspek pembangunan mahupun ekonomi masih perlu  peningkatan terutama kawasan kawasan  luar bandar dimana memerlukan pemimpin yang memahami  rakyat termiskin.

         Antara luahan orang kampung terpencil dekat sini sebagai mendedahkan isu pembangunan serta ekonomi warga desa sejak 1963 hingga masa kini, semua rakyat jelata hendak lah diberi kebebasan bersuara tanpa sekatan demi  keseimbangan kemajuan pembangunan tanpa ada yang keciciran ujar  mereka.

          Parlimen Keningau memiliki tiga kerusi Dewan  Undangan Negeri ia itu Dun Tambunan, Dun Bingkor serta Dun Lawan pada masa kini, adakah seluruh penduduk Parlimen Keningau benar benar hanya memilih parti Sabahan sahaja atau masih berbelah bahagi dengan sokongan parti Malaya.

           Hanya pemimpin parti politik seluruh parlimen  Keningau sahaja mampu menjawab sokongan parti dikalangan  warga penduduk kawasan tersebut, namun tidak ada yang mustahil jika pemimpin parti Malaya seperti UMNO, MIC, MCA dan PBRS bergabung tenaga turun padang mendekati rakyat setempat.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan