Sabtu, 17 Ogos 2024

DEDAH DAN BONGKAR


 Oleh. Helary Sukiono 

Malindo. Kemelut berurus niaga dalam negara bersaudara ini ti-

dak memberangsangkan berikutan maklumat masih wujud  kurang maufakat sesama rumpun berurusniaga. 
         Bayangkan teman serumpun berniaga benda yang sama diboikot tidak dilanggani walau masyarakat serumpun, sebaliknya jika warga mewah tertentu jika berniaga dengan barangan mahal sekalipun terus sahaja dibeli tanpa soal harga yang ditawarkan.
      Inilah kisah benar berlaku yang dipetik dedah dan bongkar sebilangan masyarakat Malindo tanpa mengira bangsa dan agama berbanding peniaga asing yang dikerumuni pengunjung.
     
         Sebangsa dan serumpun sekalipun serta seagama masih juga tidak sepakat didalam apa juga  urusniaga bagai boikot memboikot serta pilih bulu dimajukan, sebaliknya peniaga asing dari pelbagai negara yang memasuki Malindo terus sahaja mendapat tempat dan pelanggan diluar jangka berbanding masyarakat Malindo masih berpuak puak.

          Sampai bila isu ini berpanjangan tanpa wujud kesedaran berbanding peniaga warga asing dimerata tempat sekalipun,  pasti dilanggani warga Malindo penuh sesak dipermudahkan segala urusniaga sepanjang masa dinegara berdua ini tanpa wujud kedalam. 

       Impian masyarakat Malindo  adalah mengharap kewujudan saling bantu membantu dan bukan nya berpuak puak mengenepikan rakan sejiran sendiri, apapun dedah dan bongkar akan terus memberi harapan agar impian  warga Malindo sepakat dan sekata tanpa dengki mendengki boleh dicapai jangka panjang.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan