Isnin, 19 Ogos 2024

BILAKAH KEMISKINAN INI BERAKHIR?

Oleh. Gifkir Aming / Jusupi Anak Kurdi

Sabah. Apakah rumah dhaif dan air bekalan anak sungai dengan saliran bambu sudah dibasmikan bagi negeri Sabah?. 

          Persoalan ini dilontarkan oleh penduduk luar bandar mengaku orang miskin dengan rumah usang  dan air bekalan makan minum dari anak sungai mengguna bambu, anehnya setinggan dekat pekan dan bandar senang dapat air bersih dan letrik serta rumah lebih sempurna berbanding orang asli Sabah hidup penuh dhaif. 

          Bayangkan Sabah sudah merdeka lebih 60 tahun sehingga kini namun masih lagi banyak luar bandar gagal dilawati oleh orang pemimpin parti politik amnya pegawai kerajaan negeri, sehingga rumah kampung dhaif serta ada lagi orang Sabah jalan kaki belum ada jalan raya sampai keperkampungan mereka sehingga masa kini tegas penduduk tempatan yang ditemui sepanjang minggu ini.

         Isu ini sukar dibayangkan berikutan peruntukan kerajaan pusat setiap tahun sentiasa disalurkan namun masih ada orang asli Sabahan keciciran pembangunan tersebut, bayangkan rumah PPRT sekalipun sukar diperolehi apa tak lagi susah mendaftar E. KASIH walau berumur lebih 60 tahun masih gagal mendapat bantuan tegas orang asli Sabah. 

          Apapun diharap dengan pendedahan ini kerajaan Madani pusat dapat turun padang memantau segala masaalah orang asli Sabahan tercicir pembangunan, semua harapan warga miskin Sabah harus diberi perhatian menerusi pimpinan Parti Pakatan Harapan serta Barisan Nasional Sabah demi mengelak berlaku ketitisan ungkap orang asli Sabah.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan