Khamis, 15 Ogos 2024

SABAH HARI INI

Oleh. Willuem Anak Lagau

Bumi Sabah. Penduduk asli negeri ini masih bertanya sesama sendiri berapa jumlah kerusi Dun dan Parlimen bakal parti etnik mereka menangi dalam pilihan raya akan datang?.

         Berdasarkan kepada sumber parti politik Sabahan yang telah diluluskan pendaftaran nya mungkin sudah hampir 30 parti politik yang berada dinegeri Sabah masa kini.

         Jika semua parti politik Sabahan bertanding pilihan raya Dun dan Parlimen lebih 20 calon setiap kerusi dipertandingkan, pasti rakyat berdaftar sebagai pemilih tertanya tanya yang mana jenama parti  harus mereka undi memandangkan setiap calon bertanding adalah orang Sabah sendiri.

          Kebanyakan parti yang sudah diluluskan  tidak senang untuk ditemui orang orang yang memiliki tugas tertentu apa tak lagi rakyat jelata diluar bandar pasti hanya dengan hebahan berita, ini menjadi tanda tanya orang asal Sabah sendiri  bagaimana kah mereka mampu menemui undi kemenangan mutlak dalam pilihan raya akan datang apa tak lagi pemimpin sukar ditemui. 

           Untuk rekod banyak pemimpin parti politik Sabahan hanya muda ditemui semasa ada majlis pertemuan umum sahaja walaupun mereka harus turun padang jumpa rakyat, namun rakyat jelata Sabah mengaku sebilangan pemimpin parti politik Sabahan  hanya menerima ketua cawangan parti mereka sahaja untuk bertemu tegas orang Sabah. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor









          
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan