Ahad, 18 Ogos 2024

MENGAPA SUKAR HUBUNGI PEMIMPIN SABAH?

Oleh. Jusupi Anak Kurdi 

Sabah. Ramai penduduk negeri ini mendedahkan kesukaran mereka menghubungi sebilangan pemimpin dibeberapa pejabat kerajaan negeri entah mengapa talian telipon sekalipun tidak berjawab. 

        Kebanyakan rakyat jelata negeri ini yang menghubungi pemimpin setempat sekadar ingin tahu mengapa mereka sukar melawat keperkampungan warga asli, namun hasrat rakyat jelata orang asli sekadar terpendam tanpa mendapat layanan talian panggilan mereka umpama jawatan yang dipegang sebilangan pemimpin langsung membelakangkan rakyat ujar mereka. 

         Rungutan rakyat orang asli Sabah terlalu sukar menemui bergelar pemimpin dalam beberapa kawasan DUN Sabah sehingga segala masaalah luar bandar terbiar, malah bagi kawasan bandar dan pekan pula orang asli Sabahan mendedahkan sarang  urusniaga Judi Gelap Serta Rokok Seludup  bagai sukar dikesan  jelas mereka.

         Jejak gerak Akbar Media Terkini Harian Kuala Lumpur dibeberapa daerah Sabah,  mendapati jarang yang mengenali jenama AKBAR HARIAN biar pun ada didepan mata mereka, tidak hairan lah bandar dan pekan dibeberapa kawasan mereka gagal berkerjasama pihak berkuasa mendedahkan permasalahan dihadapan mata tiap hari.

           Malah ada juga penduduk Sabah sanggup menjadi tali barut penjualan rokok seludup disamping petualang agent peniaga Judi Gelap Tiap Hari Makan Komisyen , ianya sukar dibendung berikutan ramai menjadi Tonto Mengintip Kehadiran Pihak Berkuasa sekitar perkumpulan permis penjualan mereka dengan ganjaran yang lumayan.

          Kemelut yang berlaku didalam Sabah perlu disedari  kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat agar boleh dicegah lebih berkesan tanpa berlanjutan bertahun lamanya, orang orang Sabah harus tahu menjauhi judi gelap mahupun penjualan Rokok Seludup yang terlalu banyak dalam bandar mahupun pekan terang aktivis masyarakat ditemui. 








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan