Jumaat, 30 Ogos 2024

APA SUDAH JADI DI SABAH?

Oleh.  Gifkir Aming

Kota Kinabalu.  Pelbagai masaalah berlaku sekitar jalan luar bandar namun orang setempat sekadar senyap sahaja umpama ianya tidak bermasaalah, sebaliknya bagaimana jika pokok kayu yang tumbang (gambar sebelah)  tepat mengena pada 
warga sekeliling yang melintasi
pasti  ada yang terkorban nyawa mahupun cedera parah.

         Selain  dari itu ada juga penjual Produk bergerak menyerupai pemakanan tambahan namun memberi maklumat  melebihi kepakaran para doktor hospital kerajaan demi melariskan pemakanan tambahan yang diniagakan.

         Tidak hairan lah lebih ramai terpengaruh dengan bicara kata golongan individu tertentu berbanding sebaran media media berdaftar dalam negara mahupun sampai keperingkat antara bangsa.

          Semua isu yang samar samar dihebahkan lebih mendapat perhatian sebilangan warga dinegeri ini hampir setiap hari berbanding mendapat sahih dari pihak berkuasa sepanjang masa. 

           Menurut beberapa ahli fikir yang ditemui, sebaiknya penduduk Sabah bersifat menaruh keyakinan suara kerajaan didalam akbar akbar yang berdaftar, berbanding mendekati bahan kata kata  individu tertentu yang kerap bergerak berkumpulan walau dimana  juga kumpulan mereka.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan