Ahad, 25 Ogos 2024

BN BERPELUANG TAWAN DUN INANAM

Oleh. Gifkir Aming

Parlimen Sepanggar. Kerusi Dun N.18 Inanam boleh ditawan semula oleh Barisan Nasional, jika ada daya usaha dan kerjasama diantara komponan BN Umno, MCA, MIC dan PBRS bagi berkerja menemui semua penduduk pengundi 
seluruh kawasan tersebut 
bermula dari sekarang. 
       Daya Usaha terlibat perlu diterjemahkan dengan gerak kerja turun padang berpasukan semua parti kompenen BN bagi kawasan tersebut lebih awal kata beberapa masyarakat tionghua yang ditemui hari ini.
       Dun Inanam merupakan kerusi PBS ketika parti tersebut masih didalam kompenen BN

namun hanya MCA, PBRS, MIC dan UMNO sahaja yang kekal dalam kompenen BN setelah PBS keluar menyertai PGRS parti tempatan sebagai gabungan mereka masa kini.
         Pengundi Dun Inanam yang terbanyak adalah KDMR dituruti kaum Cina disamping pengundi Melayu dan lain lain bangsa orang negeri Sabah jelas warga Inanam.
         Menurut masyarakat Inanam, ada dua pilihan parti BN yang layak menjadi calon bagi kerusi N. 18 Inanam iaitu MCA atau PBRS berpandukan kepada daya usaha kerja yang digerak oleh kepimpinan kedua dua parti berkenaan.
         BN Sabah wajar melihat dan mengambil kira kedudukan kerusi Dun Inanam bermula dari sekarang jika berhasrat mahu menawan semula kerusi kawasan tersebut yang kini dikuasai PKR selama tiga penggal berturut turut ungkap penduduk Inanam.
        Dalam tinjauan kru Media Terkini Harian Malaysia dekat Dun Inanam, pemimpin akar umbi MCA aktif bergerak menemui rakyat setempat setiap bulan, namun jarang sekali mendapat ruang liputan dikalangan akbar berbahasa Melayu tempatan sehingga sukar diketahui orang ramai ujar penduduk setempat.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala  Lumpur. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan