Khamis, 8 Ogos 2024

SEMINGGU SELANGKAH

Oleh  Gifkir Aming

Sabah. Isu jalan jalan raya perkampungan luar bandar dalam negeri ini kebanyakan tanah merah mahupun gravel amnya selepas enam puluh tahun mencapai kemerdekaan ujar penduduk yang ditemui.

          Setiap menjelang pilihan raya pasti pwlbagai ungkapan janji diluahkan golongan calon calon yang bertanding, namun selepas pilihan raya berlalu golongan menang mahupun kalah terus sepi tanpa turun padang selama 5 tahun menemui warga kampung mengundi mereka.

         Antara luahan orang kampung terpencil bila mengimbau kata kata orang politik yang menawarkan diri bertanding didalam pilihan raya, kebanyakan orang kampung terpencil hanya ditemui masa kempen pilihan raya namun selepas pilihan raya orang orang kampung jauh terpencil terus tertinggal ujar mereka. 

          Adakah selepas 60 tahun merdeka orang orang politik Sabah akan rajin setiap tahun melawat setiap kampung jauh terpencil luar bandar?, masih sukar diramal langkah juang orang orang parti politik yang mahu berhasrat bertanding didalam pilihan negeri akan datang kata orang orang kampung yang ditemui.

Oleh. Jusupi Anak Kurdi 

Kuala Lumpur. Apakah jadi dengan mat rempit masa kini yang sudah tidak kenal dengan menempah maut kata warga veteran pasukan keselamatan yang ditemui.

          Kebebasan sebenarnya bukan dipergunakan memandu motorsikal melawan arus  atau berlumba dijalan raya milik awam, namun ini lah hakikat sebilangan generasi masa kini, ramai dari mereka sudah lupa langkah yang dilakukan adalah menempah maut jika tersalah langkah apa tak lagi jika bertembung dengan kenderaan berat.

           Jika mat rempit kemalangan dijalan raya seperti melanggar orang awam atau melanggar kenderaan lebih berat siapa kah yang bertanggong jawab menyelasaikan nya, adakah mat rempit sendiri sanggup  membayar segala kemalangan yang berlaku akibat segala perbuatan mereka atau dituding pada pihak berkuasa?. 

          Majoriti orang awam  yang ditemui meletak kesalahan lumba mat rempit khususnya melawan arus  dan perlu bersedia membayar ganti rugi setiap kemalangan yang berlaku, tidak perlu menuding jari menyalahkan orang lain semata mata melindungi perbuatan mereka berlumba serta melawan arus sebagai mat rempit dijalan raya awam. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan