Jumaat, 16 Ogos 2024

MAMPUKAH HARGA BARANG MENURUN?

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Kuala Lumpur. Dalam mendepani kenaikan gaji para penjawat awam, mampukah kadar harga barangan tidak ada kenaikan harga diseluruh negara.

           Serupa juga dengan harga nasi semangkuk lebih RM1.50 nasi putih sedangkan harga beras RM30.00 bagi setiap 10 kilogram, jika beras dimasak nasi putih berapa jumlah mangkuk nasi bagi setiap 10 kilogram beras dengan kadar harga RM1.50 semangkuk soal penduduk yang ditemui.

          Kini penjawat awam memperolehi kenaikan gaji 15% adakah para peniaga mampu dikawal tidak menaik kadar harga barangan jualan mereka khususnya dinegeri Sabah?, ini antara suara rakyat yang dapat diperolehi sebaik sahaja kerajaan Malaysia mengumum kenaikan gaji 15% seluruh negara baru baru ini pasti merisaukan warga kampung yang bercucuk tanam sahaja.

          Selain harga barangan, adakah para peniaga pelbagai jenis tanaman dan buah buahan tidak menaik harga semua jualan mereka diseluruh negara?, sudah pasti semua aspek perlu diberi perhatian sirius oleh pihak pemerintah setiap negeri secara serentak sejak pengumuman kenaikan gaji penjawat awam baru baru ini.

          Rondaan pemantauan harga barangan disetiap daerah terutama pekan pekan terpencil wajib dilakukan sepanjang masa bagi menjaga bebanan warga yang berkerja sendiri dan swasta amnya, jika tidak dipantau sepanjang masa sudah pasti para peniaga bakal ambil kesempatan menaik kadar harga seperti nasi putih yang beras turun harga namun para penjual nasi putih terus harga tinggi.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini,  tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan