Khamis, 22 Ogos 2024

PEMINTA SEDEKAH TERSUSUN DISEMUA PENJURU

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Kota Kinabalu.  Warga negeri ini terkilan setiap penjuru tumpuan orang ramai dipenuhi golongan peminta sedekah umpama diatur penuh terancang. 

      Kebanyakan kes peminta sedekah tidak menjadi perhatian sirius dikalangan warga kota dan pekan namun orang kampung amat terasa bila mereka dipaksa memberi wang sedekah.

        Peminta sedekah ini bukan sahaja dikalangan wanita membawa anak anak kecil masa kini sebagaimana maklumat orang asal Sabah, malah golongan lelaki juga sudah banyak yang membuat kerjaya meminta sedekah disetiap tepi jalan yang menjadi laluan orang ramai.

             Anehnya ada juga peminta sedekah dilaporkan sihat tubuh badan mereka tanpa ada cacat celahnya namun masih meneruskan kerjaya mereka minta sedekah, perkara ini perlu disedari semua penduduk asli Sabah tanpa mengira bangsa dan agama dimana tidak ada yang boleh bersedekah  tiap hari pada golongan orang sihat dan boleh berdikari. 

         Sehubungan dengan paparan ini semua penduduk Sabah menjaga titik peluh yang dicari dengan tenaga keringat sendiri tanpa membazirkan nya dilandaskan tidak benar.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan  Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor 

            
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan