Sabtu, 31 Ogos 2024

NAK JADI AGEN TIDAK SAH

Oleh. Basron Kirwan

Batam. Akibat nak cari duit lebih seorang wanita negeri ini yang berkerja lama di Singapore sanggup menjadi Agent memperdagangkan wanita senegara ke negara jiran bagi mendapat RP3 Juta seorang mangsa.

        Ini lah yang dilaporkan perlakuan Ervina Setiap kali balik bercuti ke Indonesia bagi membawa wanita negaranya ke Singapore sampai tertangkap oleh Polis Batam dekat sini. 

       Menurut pihak berkuasa Batam dipercayai sudah banyak wanita  dari  Indonesia sudah dibawa memasuki Singapore oleh pihak yang  menjadi agent pekerjaan tidak berdaftar bagi kedua dua negara terbabit.

        Perlakuan Ervina terbongkar  ketika cuba membawa Novita dan Julita bagi berlepas dari Batam ke Singapore namun ianya lebih awal dihidu pasukan keselamatan Batam tanpa dapat meloloskan diri keluar ke Singapore. 

        Pihak berkuasa Batam telah menuduh Ervina dalam akta perkara 81 dan perkara 83 undang undang Republik Indonesia No. 8 tahun 2017, perlindungan pekerja migran yang mengenakan hukuman penjara 10 tahun.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan