Selasa, 13 Ogos 2024

WASPADA PATI JADI SECURITY

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Penduduk seluruh Malaysia perlu berkerjasama dengan kerajaan bagi membenteras kewujudan Pengawal Keselamatan PATI dirantau ini.  

Pengawal Keselamatan PATI hanya diketahui sebaik ditangkap pihak berkuasa tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri, ada juga PATI yang mengaku rakyat Malaysia didepan orang ramai dengan mata liar memantau sekeliling bimbang kehadiran pihak penguatkuasa.

              Satu yang dilihat jelas adalah bila mana operasi bersepadu  dijalankan pasti PATI akan ditangkap atau mereka melarikan diri bersembunyi, namun yang menyakitkan mata dan hati adalah bila tiada operasi bersepadu dijalankan  ramai warga tempatan memberi kerja terhadap PATI.

                  Ini lah yang berlaku didalam negara ini termasuklah maklumat pembaca Media Terkini Harian di Sabah PATI muda cari makan bersama orang tempatan, bagi warga Sarawak mereka mendedahkan orang awam setempat sentiasa bersama sama dengan semua pejabat penguatkuasa bagi memantau kehadiran PATI jelas mereka.

                 Jika semua lapisan masyarakat satu hati bersama semua penguatkuasa kerajaan pasti mampu membenteras kebanjiran PATI dinegara ini termasuklah Sabah, adalah menjadi harapan bersama dengan kerajaan Malaysia semua orang wajar mendedahkan dimana juga kehadiran kloni PATI dari masa kesemasa diseluruh negara ini.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan