Ahad, 25 Ogos 2024

KKM LARANG JUALAN PEJUANG

Oleh. Mat Qeyyim Hezemi Hamid

Kuala Lumpur. Berapa ramai rakyat Malaysia mengetahui produk minuman Pejuang  telah dilarang oleh Kementerian Kesihatan Malaysia beberapa hari yang lepas?. 

          Malah adakah setiap agent penjualan nya sudah menutup jualan produk tersebut diseluruh negara masa kini?, ini lah persoalan yang masyarakat seluruh negara ketahui demi mematuhi arahan dari pihak kerajaan Malaysia demi keselamatan bersama. 

       Kopi Pejuang memiliki  TADALAFIL sejenis ubat kepada pesakit Mati Pucuk dan penggunaannya perlu kawalan doktor pakar agar tidak disalah guna setiap para pengguna tiap hari.

         Selain dari itu Kopi Pejuang juga dilaporkan tidak memiliki alamat lengkap, pengilang, pembungkus, pengedar, empunya hak untuk mengilang dan pengimport. 

          Semua produk yang seumpama boleh dikenakan tindakan undang undang  seksyen 13  dengan denda RM10,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun.

          Semua warga yang  terserampak dengan KOPI PEJUANG berkaitan lebih baik elak kan demi keselamatan keluarga bersama dalam jangka masa panjang.  






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan