Sabtu, 24 Ogos 2024

MAMPUKAH BN DITERIMA RAKYAT?



Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Kuala Lumpur.  Semua jentera parti kompenen BN khususnya UMNO PERLU menyahut seruan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Presiden Umno, 
 agar menggerak jentera 

diperingkat akar umbi menemui semua rakyat jelata tanpa mengira fahaman politik demi memulihkan sokongan keatas Barisan Nasional. 

         Gandingan mantap kepimpinan 

tertinggi UMNO  seperti Datuk Seri Mohamad Hasan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Johari Abdul Ghani Naib Presiden Umno dipercayai mampu memulihkan kekuatan UMNO BN jika  seiring berger
ak diperingkat akar umbi mendampingi rakyat jelata. 

          Bagi negeri Sabah, Datuk Bung Mokthar Radin Pengurusi Umno Sabah, juga wajar menggalas amanat Presiden Umno bagi bergerak menemui seluruh rakyat Sabah bermula lebih awal.

              Umno yang mempunyai gabungan seperti, MCA, MIC dan PBRS kini mula menarik perhatian sebilangan rakyat sejak kebelakangan ini berdasarkan kerja kuat sebilangan pemimpin bawahan mereka dimulakan.

           Semua ahli Umno serta BN amnya wajar seiring turun padang bersama menenui segenap lapisan rakyat demi memulihkan sokongan rakyat, malah segala dakyah pemimpin parti lawan juga perlu bijak menepis sebagai penjelasan terhadap rakyat jelata apa tak lagi melibatkan isu politik setempat. 

         Berdasarkan amanat semua pemimpin tertinggi UMNO dan BN amnya jika direalisasikan oleh seluruh ahli diperingkat bawahan, satu perkara mustahil segenap lapisan rakyat tidak mampu menerimanya apa tak lagi jika  pemimpin pihak parti lawan memiliki isu yang kerap menyinggung hati rakyat jelas pemerhati politik tempatan.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan