Sabtu, 17 Ogos 2024

KERJA KERAS AKAR UMBI BAWA KEJAYAAN

Oleh. Basron Kirwan

Kelantan.  Kemenangan calon UMNO BN di DUN 
Nenggiri merupa
 

kan hasil kerja kuat jentera diakar umbi suntikan semangat semua pemimpin tertinggi BN serta 
kepimpinan kerajaan masa kini yang prihatin pada rakyat jelata. 
 
        Calon Umno BN memperolehi 9,091 undi manakala calon PN hanya memperolehi 5,739 undi dengan jumlah peratusan keluar mengundi 73.9  %, membuktikan warga Nenggiri nekad memerlukan perubahan dan limpahan pembangunan dan ekonomi diperingkat persekutuan. 

              Mampukah keputusan di DUN Nenggiri dicontohi PH BN diseluruh negara yang masih dikuasai oleh parti pembangkang termasuklah Sabah yang dipimpin PGRS, SAPP dan PAS Adun Lantikan kerajaan Negeri. 

             Jika kepimpinan akar umbi BN dan PH benar benar telus membela nasib semua rakyat jelata disetiap kawasan masing masing satu perkara mustahil rakyat tidak mengundi mereka, sebaliknya jika jentera BN dan PH sekadar mengharap suara para pemimpin tertinggi BN dan PH seperti masa lalu dan masa kini tanpa menemui rakyat jelata sukar mencapai keputusan di DUN Nenggiri.

          Antara negeri yang dikuasai pembangkang ialah Kelantan, Kedah, Terengganu, Perlis dimana rekod Sabah pula dua Dun Lantikan dari SAPP (PERIKATAN NASIONAL) dan PAS juga dari Perikatan Nasional ujar warga penduduk yang dihubungi.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan