Selasa, 6 Ogos 2024

CANTAS MENCANTAS AMALAN TAK SIHAT

Oleh. Mat Qeyyim Hazemi Hamid

Sabah. Dalam zaman it masa kini masih lagi wujud hasad dengki dan cantas mencantas hidup pelbagai kaum warga didalam negeri ini.

         Mereka juga menindas orang orang yang cuba berdikari dengan usaha sendiri agar berputus asa dan kembali menjadi orang susah.

Ini didedahkan oleh beberapa ahli badan kebajikan bekas bekas keselamatan Sabah yang menjadi mangsa golongan kaki cantas warga negeri ini.

            Antara tindakan cantas mencantas ialah, berniaga jika golongan sebilangan fakir miskin memulakan langkah niaga mereka diboikot, sebaliknya jika suku sakat mereka berniaga disebarkan penuh melalui watsap group menggalak semua orang membantu kaum kerabat mereka. 

             Kemelut cantas mencantas ini sudah berlaku sejak sekian lama namun tidak ada ruang mahu mendedahkan perilaku tersebut, bayangkan lah peniaga miskin yang berusaha mahu memulakan perniagaan ada pula pihak berusaha mencantasnya seolah olah mereka suka melihat orang susah.

            Kumpulan bekas bekas keselamatan Sabah terkilan dengan sebilangan golongan suka mencantas ini tidak serik melakukan nya, namun peniaga asing yang bergerak bebas langsung sahaja dilanggani mereka berbanding etnik negeri sendiri yang terus dicantas tanpa disokong.

             Apapun bekas bekas keselamatan Sabah mengajak semua fakir miskin bersatu dalam perniagaan kecil kecilan tanpa tunduk dengan amalan mencantas, peluang bersuara didalam Media Terkini Kuala Lumpur ini harus dipergunakan untuk meneruskan perniagaan kecil kecilan dalam jangkamasa panjang.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor

           
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan