Jumaat, 16 Ogos 2024

BERAPA RAMAI PEMIMPIN MENEMUI RAKYAT?

Oleh. Basron Kirwan

Kelantan. Pemimpin Barisan Nasional  (BN) perlu mencontohi Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Presiden UMNO sentiasa menemui rakyat jelata demi meraih sokongan dalam pilihan raya akan datang. 

              Ini jelas kesungguhan BN menemui orang orang asli di Nenggiri  bagi mendapat maklumat terperinci segenap lapisan masyarakat setempat untuk dibawa kepada kerajaan, dalam kesungguhan seumpama  rakyat jelata Nenggiri perlu bijak berfikir halatuju sokongan politik mereka demi kemajuan pembangunan dan ekonomi serta keselamatan amnya.

               Sebaliknya berapa ramai pemimpin BN UMNO diseluruh negara mampu menemui rakyat jelata disetiap negeri mahupun luar bandar amnya, daya usaha kepimpinan UMNO BN perlu diteruskan tanpa henti menemui rakyat jika mahu mengembalikan sokongan rakyat jelata terhadap kepimpinan mereka.

            Parti parti lawan BN UMNO sentiasa memerhati segala kelemahan  kepimpinan bawahan mereka (BN UMNO)  demi menarik perhatian semua penyokong parti tersebut, untuk itu semua jentera BN UMNO harus mencontohi Presiden mereka jika mahu perjuangan parti mereka terus diterima rakyat setiap kali pilihan raya negeri dan parlimen amnya. 

             Hanya negeri Sarawak sahaja yang tidak memiliki bahagian dan cawangan UMNO sehingga hari ini sebagai menjaga hubungan baik antara kerajaan persekutuan dan negeri amnya. 

              





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan