Sabtu, 31 Ogos 2024

MERDEKA PERLU DIREALISASIKAN SEMUA ORANG

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Sambutan hari kemerdekaan setiap tahun sampai hari ini perlu direalisasikan seluruh lapisan warga kota hingga kekawasan desa terpencil dan bukan hanya menjadi pandangan mata. 

            Pasukan Keselamatan sentiasa peka makna sebenar Hari Kemerdekaan namun sukar diketahui bagi masyarakat awam sejauh manakah penghayatan mereka sesama sendiri.

           Hari Kemerdekaan sebenarnya bukan sahaja disambut dengan kemeriahan sebaliknya wajar dihayati penuh kerjasama, saling bantu membantu disamping membentuk maufakat membantu golongan yang susah dan memerlukan. 

          Ini harus diketahui bahawa Kemerdekaan wajar dinikmati semua masyarakat awam dan bukan membiarkan masyarakat sendiri menderita hidup kesusahan, jika masih wujud lagi situasi seumpama dalam kelompok masyarakat kita disetiap negeri sampai dipulau tanpa memberi bantuan golongan terlibat belum merdeka minda mereka.

          Ini didedahkan beberapa bekas pesara keselamatan yang ditemui pada Hari Kemerdekaan Ogos tahun 2024, bersorak menonton hari kemerdekaan pada 2024 namun melihat orang susah masih ramai membantu dengan ganjaran wang keutamaan jelas mereka. 

          "Untuk apa menonton Hari Kemerdekaan segenap lapisan masyarakat Malaysia jika melihat masyarakat sendiri terus dipulau tanpa bantuan, malah ada juga yang mengaku menolong namun meminta upah sewa segala hasil pertolongan yang  diberi serupa juga menindas orang miskin" ungkap pesara keselamatan berkenaan.

            Sebagai merealisasikan makna sebenar Kejayaan Hari Kemerdekaan elok lah seluruh negara termasuklah Sarawak dan Sabah melihat keberkesanan penghayatan mereka, jangan kata hati sudah merdeka namun melihat masyarakat sendiri yang kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang terus terbiar tiap hari.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan