Sabtu, 31 Ogos 2024

TARUMT INISIATIP UNTUK WARGA SABAH

Terletak dalam negeri dibawa bayu, cawangan TARUMT Sabah adalah satu satu nya Cawangan  TARUMT di Malaysia Timur.
      Kampus ini di
bina  pada tanah seluas 6 ekar dalam kawasan Alammesra yang terletak hanya 15 minit sahaja dari bandar  Kota Kinabalu. 

                TARUMT adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang ditubuhkan Oleh MCA sejak tahun 1969, dan dibawa masuk ke Sabah pada tahun 2002.

           Kampus yang dibina khas ini mampu menampung sehingga 3,000  pelajar, memiliki kelengkapan kemudahan yang moden, makmal komputer, ruang pembelajaran yang kondusif.

          TARUMT Sabah menyediakan pelbagai kemudahan termasuklah dua blok tutorial, satu blok pentadbiran dan satu blok kafeteria serta pusat aktiviti pelajar. 

        Kemudahan sukan juga lengkap antaranya ialah, gelanggang Bola Keranjang, Futsal, Badminton, Gimnasium yang lengkap serta Kolam Renang. 

         Sebagai menyokong pendidikan tinggi yang berkualiti, tanpa mengira bangsa dan agama mahupun latarbelakang, TARUMT telah mewujudkan satu skim Biasiswa  Percuma khusus untuk bumiputera Sabah yang berhasrat dan layak untuk melanjutkan pengajian di Universiti ini.

          Setiap tahun sebanyak 15 pelajar  akan dipilih dibawah status B.40 untuk menerima biasiswa  ini yang memberikan peluang kepada pelajar Bumiputera Sabah.

           Sebagai melanjutkan pelajaran warga Sabah, rebutlah peluang seumpama dalam negeri ini menerusi talian dan maklumat lanjut kami di  088348080 dan 01110825619







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor 

Bil 04

Tiada ulasan:

Catat Ulasan