Ahad, 4 Ogos 2024

DULU DAN SEKARANG GRS

Oleh. Joupis Anak Lagau

Sabah. Berapa ramai warga negeri ini mengimbau sejarah Parti Gagasan Rakyat Sabah Dahulu Dan Masa Kini?, mungkin warga Sabah hanya tahu 

parti tersebut masa kini dengan logo yang baharu sebagai pengabungan parti parti Sabahan.

PGRS dahulu gambar atas bunga padi melingkari peta Sabah dilaporkan beberapa kali bertanding dalam pilihan raya DUN, namun dilaporkan juga tidak pernah memenangi kerusi Dun yang ditandingi mereka. 

          Kini Parti Gagasan Rakyat dengan logo baharu nya Gunung Kinabalu berusaha melakar sejarah memperolehi sokongan rakyat dalam pilihan raya negeri akan datang. 

          Hanya terletak ditangan rakyat Sabah pilihan mereka yang mana masih mampu mempertahankan politik Sabah, PGRS, PBS, STAR, SAPP, LDP, USNO, HARAPAN,PCS  mungkin berdepan dengan BN, KDM, WARISAN dan PAKATAN HARAPAN dalam pilihan raya negeri Sabah akan datang.

           PGRS juga diasas oleh Dr. Athiung  Titu sebelum diambil alih oleh Dr. Steven Jimbangan dan kini dipegang oleh Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Mohd. Noor Presiden PGRS Baharu.

           Sehingga berita ini ditulis semua parti tempatan Sabahan masih dalam delema tidak mampu bergabung satu melainkan hanya kerjasama sahaja yang kerap dicanang.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan