Khamis, 13 Julai 2023

TAWAU ENAM PULUH TAHUN 

Oleh. Jusupi Anak Kurdi 

Kalabakan. Penduduk sepanjang Tawau Kalabakan menuju ke Nabawan mengeluh dengan kedudukan jalan raya mereka yang teruk sangat walaupun sudah genap 60 tahun  Sabah merdeka dalam Malaysia.

Mereka juga tidak tahu kemana lagi hendak mengadu dengan jalan raya kegunaan harian mereka  selepas 60 tahun  masih berlumpur dan tidak dibaiki  sebaik mungkin entah  kemana pihak yang  bertanggongjawab ujar penduduk setempat.

Jalan Raya Kalabakan juga merupakan laluan utama dari Tawau Nabawan sampai ke Keningau dikalangan peniaga peniaga  yang bergerak setiap  hari kekawasan tersebut  sebelum tembus ke Kota  Kinabalu bagi menjalankan urusniaga mereka.

Majoriti penduduk mukim Kalabakan adalah warga asli Sabah namun entah mengapa selama 60 tahun  tidak banyak perubahan sepanjang jalan raya tersebut demi kemudahan penting seluruh  warga Kalabakan jelas penduduk setempat.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan  memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus  Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan