Selasa, 25 Julai 2023

PENGABAIAN MAKANAN AMAT MERUNSING 

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Pengabaian makanan yang sudah dimasak dalam negeri Sabah sangat merunsing dan menakutkan dikalangan warga yang menitik beratkan kebersihan dan kesihatan orang ramai jika tersilap membeli makanan mereka setiap hari. 

Kebanyakan peniaga makanan termasak di Sabah  dilaporkan terus dibiarkan tanpa penutup sepanjang masa berjualan ditepi jalan raya laluan kenderaan tanpa menitikberatkan kebersihan pembeli jualan makanan mereka.

Menurut warga Sabah yang cintakan kebersihan makanan harian mereka, seharusnya golongan penjual makanan termasak lebih diutamakan kebersihan dengan menutup semua jualan mereka sentiasa, namun kebanyakan penjual makanan berkenaan mengabaikan kebersihan ujar mereka.

Sikap acuh tak acuh penjual makanan termasak dalam negeri Sabah wajar diboikot seluruh lapisan masyarakat yang sayangkan nyawa keluarga mereka dari memakan makanan yang tidak bersih, hanya kesedaran orang Sabah sendiri mampu memberi pengajaran penjual makanan yang mengabaikan kebersihan setiap kali golongan terlibat menjual makanan yang mungkin sudah tercemar dengan kotoran.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita  dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan