Sabtu, 15 Julai 2023

MANA PARTI PILIHAN PRN AKAN DATANG ? 

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Dun Inanam. Majoriti rakyat pengundi Dewan Undangan Negeri N. 18 Inanam bakal bersiap siaga meneliti kepimpinan parti dikawasan tersebut sebelum pilihan raya negeri akan datang, pengundi kawasan tersebut tidak akan terpedaya dengan politik menanam tebu dibibir mulut sebelum menjadi pemimpin manakala selepas terpilih sukar untuk ditemui.

Ada juga orang parti politik kawasan tersebut ( Bukan BN) berjanji bersungguh minta orang ramai menyokong mereka semasa merebut jawatan, namun sebaik mendapat jawatan segala janji diungkap hilang entah kemana sehingga rakyat dijanjikan keciwa tidak terkata apa tak lagi jika mereka menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri. 

Suara beberapa penduduk Dun Inanam yang meluahkan kekeciwaan mereka terhadap beberapa pemimpin parti politik setempat yang mula mengharap parti mereka  terpilih menjadi calon PRN, sebaliknya pengundi setempat banyak diperdaya dengan janji manis  sekian lama memburu jawatan dalam parti namun selepas berjawatan bukan main lupa janji rakyat jelas mereka.

Kerusi Dewan Undangan Negeri Inanam masa kini dilaporkan memiliki pengundi Cina, Melayu dan Kadazan Dusun Murut dan beberapa etnik lain menduduki kawasan tersebut, Media Terkini juga dimaklumkan bahawa YB kawasan tersebut masa kini adalah dari Parti PKR Pakatan Harapan sebaik menewaskan calon dari PBS beberapa penggal berturut turut sehingga lah kehari ini tegas penduduk setempat.

PRN negeri  Dun Inanam akan datang dilaporkan rakyat sudah berpandangan jauh khususnya memilih usul penentuan calon golongan jujur dan bersih tidak berbohong atau janji manis tidak ditepati sepenuhnya  tegas orang ramai. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat  iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini harian Kuala Lumpur. Editor









Tiada ulasan:

Catat Ulasan