Isnin, 10 Julai 2023

Berita Rongkas 

PERSENDA ISLAM KEKAL DIHUKUM

Oleh. Helary Sukiono

Jakarta. Setiap rakyat yang mempersendakan kalimat Islam tetap menerima hukuman setimpal apa tak lagi didalam lingkungan Asia, tidak ada sesiapapun boleh terlepas jika  sengaja mempersendakan Islam apa tak lagi memakan daging khinzir sambil membaca beberapa potong ayat al quran  dengan dipertontonkan secara umum.

Ini berlaku keatas warga Indonesia yang telah pun ditahan Polis Jakarta baru baru ini sebaik perbuatan nya dikesan pihak berkuasa dilaman sesawang baru baru ini.

Penangkapan beliau disahkan oleh pihak Polis Jakarta dimana ianya dijadikan pengajaran setiap warga supaya tidak mempersenda mana mana agama sekalipun diseluruh nusantara mahupun dunia amnya.

Sehubungan dengan ini setiap lapisan masyarakat tanpa  mengira bangsa dan agama, menghormati apa juga amalan beragama  dimuka bumi ini demi menghindari permusuhan dan sengketa diantara mana mana agama dan bangsa ujar mereka.


 Oleh. Gifkir Aming

 UTAMAKAN MAKANAN HALAL  

Sabah. Serve No Pork yang kerap dilekat dalam kedai makan minum bukan beragama Islam perlu disedari umat islam didalam dan luar negara semasa berada dinegeri ini.

Perkataan tersebut tidak mencerminkan kedai makan berkenaan memiliki SIJIL HALAL yang disahkan oleh JAKIM atau JHEINS sebagai makanan umat Islam, namun dilaporkan banyak kedai makan dalam negeri ini sekadar mempamerkan SERVE NO PORK didepan pintu masuk kedai mereka ujar pelawat Sabah yang ditemui.

Bagi orang yang kurang mengerti status kedai makan yang mempamerkan tulisan SERVE NO PORK  pasti terperangkap memasuki kedai terlibat tanpa berfikir panjang, sebaliknya kedai SERVE NO PORK  terlibat dilaporkan bukan milik orang Islam  cuma mereka dilaporkan  sekadar menarik perhatian umat  Islam memasuki kedai mereka.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang




Tiada ulasan:

Catat Ulasan