Khamis, 13 Julai 2023

SILAP LANGKAH WARGA KOTA 

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Ada tulisan tidak dibaca ada logo tidak dipandang teliti itulah kisah penggambaran Media Terkini sekitar Dewan Undangan Negeri tersebut baru baru ini entah mengapa masih ada orang kota tidak boleh membaca dalam era tahun 2023 masa kini. 

Dalam kesibukan kru  Media Terkini membuat tinjauan dan penggambaran muncul tauke kedai kopi bersuara, "kita Guard sini kah?", bagai tidak membaca baju Media Terkini terzemat dipakai setiap kali menjalankan tugas. 

Kru Media Terkini tidak memberi jawapan malah sekadar meneruskan tugasan membuat tinjauan rasmi situasi didalam kawasan Dewan Undangan Negeri tanpa menghirau teguran mereka. 

Tidak hairan lah jika  PATI sekalipun didepan mereka pasti tidak dikenali golongan pekedai  akibat tidak menggunakan ilmu membaca serta mengenali setiap orang didepan mata mereka.

Media Terkini juga dimaklumkan masih banyak peniaga tidak mengutamakan pembacaan sehingga mereka tidak mengenali warga disekeliling mereka setiap masa ujar golongan pembaca Media Terkini kawasan Dun Inanam hari ini.


 MUDA TAPI TAK FAHAM

Oleh.Norsham Haji Tukirin

Hebat muda mudi hari ini smart berpakaian namun tidak mengenali siapa disekeliling mereka setiap hari sehingga didepan mata sekalipun tidak dikenali.

Ini terjadi berikutan lelaki remaja selamba merokok diperhentian bus pengangkutan awam tanpa menghiraukan orang awam yang menunggu bus pengangkutan awam dekat Kota Kinabalu hari ini.

Dalam soal selidik kru Media Terkini pemuda terlibat selamba menjawab tidak tahu bus perhentian tidak boleh merokok namun sempat memohon maaf akibat tidak tahu larangan berkenaan.

Untuk rekod kerajaan Malaysia telah mengumumkan larangan merokok dibeberapa tempat tumpuan awam namun masih ramai tidak tahu larangan berkenaan didalam negeri Sabah.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan