Ahad, 23 Julai 2023

CEMPEDAK HARGA EMAS 

Oleh. Norsham Haji Tukirin

Cempedak Borneo menggemparkan berikutan harganya melonjak RM17.00 sebiji lapor pembeli buah Cempedak madu kepada kru Media Terkini Harian dekat sini hari ini.

Cempedak berkenaan berisi kuning diusahakan anak jati borneo dengan kadar harga mirip emas diluar jangkaan penduduk borneo yang disifatkan terlalu tinggi harganya.

Apapun kadar harga buah buahan yang dipasarkan biar lah bersedarhana apa tak lagi jika jualan dikalangan rakan rakan serumpun, jika jualan dipasaran luar negara tidak kisah lah jika diletak harga RM25.00 sebiji berbanding rakan rakan serumpun ujar penduduk tempatan.

Untuk rekod, ramai penduduk Sabahan jika menjual sesama sendiri diletak harga jualan terlalu tinggi namun jika warga asing yang membeli sanggup pula menurunkan RM9.00 sebiji buah cempedak mereka. 

Kadar harga buah buahan dalam Sabah bukan ditetapkan oleh kerajaan negeri sebaliknya sesuka hati dikalangan pemilik buah meletak harga demi memperolehi keuntungan yang tinggi tanpa simpati warga sendiri. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan