Ahad, 2 Julai 2023

HARGA MAKANAN TINGGI MELAMBUNG

Oleh. Gifkir Aming

Sabah. Penduduk luar bandar menggesa semua wakil rakyat Dun dan Parlimen turun padang memberi nasihat kepada semua JPKK dan KETUA KAMPUNG serta JKDB amnya KAPITAN  bagi menasihati peniaga kampung dan pekan tidak sesuka hati menaik harga makanan mereka.

Ini didedahkan warga kampung betapa penjual diluar bandar sesuka hati menaik kadar harga jualan makanan ringan mereka detiap hari tanpa mengambil kira warga yang tidak berkemampuan, malah berdasarkan modal yang dipergunakan dipercayai kadar harga yang dijual tidak lah setinggi mana namun jualan cukup lumayan harganya sehingga membebankan rakyat miskin jelas mereka.

Sejak mula serangan penyakit Covid 19, semua harga di Sabah dilaporkan melambung tinggi namun harapan untuk diturunkan semula jauh sekali malah mungkin akan terus melonjak tinggi kelak, yang warga desa terkilan tidak ada pun pegawai kerajaan tutun padang bagi memantau segala kenaikan harga para urusniaga dikawasan perkampungan terpencil bagi membantu ujar masyarakat orang miskin. 

Sehubungan pendedahan ini, setiap pemimpin kerajaan yang dilantik menjaga setiap kampung haruslah meneliti segala urusniaga yang diniagakan dalam kawasan mereka, jika berlaku kadar harga yang melambung tinggi dalam setiap kawasan yang mereka jejaki haruslah bertindak melaporkan kepada pihak berkuasa tempatan jelas warga miskin yang ditemui.  






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan menuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang






 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan