Khamis, 6 Julai 2023

BERMAUFAKAT SERUMPUN MAMPUKAH BERJAYA 

Oleh. Norsham Haji Tukirin  

Sabah. Kewujudan permaufakatan group watsap keluarga warisan  keturunan moyang dahulu mampu maju lebih berdaya saing dengan peniaga warga asing jika dipergunakan penuh sepakat dan berkerjasama semua ahli group secara berterusan.

Kebanyakan keluarga ahli group melebihi 100 orang generasi  mereka dimerata tempat berada umpama tidak lagi mengenali jika tidak termasuk didalam group watsap keluarga, dalam memperkasa generasi keturunan maju kehadapan bersama  bagi menerokai pelbagai industri perniagaan kumpulan ini boleh memulakan langkah permaufakatan bersama tanpa menanti masa lama.

Dalam langkah bersama jika direalisasikan kerjasama dan permaufakatan sudah pasti golongan terlibat sama sama maju menerokai bidang perniagaan besar dan berdaya saing dengan semua peniaga orang asing didalam Sabah.

Ada yang mengekalkan group keluarga namun jarang maufakat merebut peluang menerokai pelbagai perniagaan seperti warga asing didalam negeri ini sepakat berniaga penuh semangat, tidak hairan lah jika  seluruh pelusuk negeri ini banyak peniaga asing memenuhinya tanpa rasa bersaing walau mereka diperantauan berbanding  warga Sabah sendiri. 

Sehubungan dengan pendedahan ini warga generasi warisan keturunan wargatua dahulu perlu menampilkan diri bermaufakat membuka permis pelbagai perniagaan penuh maufakat dan kerjasama sehingga mencapai kejayaan bersama.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran  dan Pengiklanan Media Terkini Harian  Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan