Sabtu, 1 Julai 2023

MAMPUKAH COVID 19 DISIFARKAN? 

Oleh. Huzera Ben

New York. Dunia mana yang sudah berjaya sifarkan Covid 19 dalam tahun 2023 ini?, persoalan ini dilontarkan  oleh warga yang hairan terlalu banyak kelonggaran pematuhan pengawalan  jangkitan Covid 19 namun belum ada negara yang mensifarkan  penyakit covid 19.

Negara negara maju juga masih mencatatkan kes kes pesakit covid 19 walaupun berulang menerima suntikan vaksin malah dilaporkan masih ada kematian serangan Covid 19 masa kini disetiap negara maju, kes seumpama perlu diteliti seluruh warga diseluruh dunia apa tak lagi negara negara sedang membangun agar tidak melupakan penjarakan diri mahupun membuang pelitup muka dikhalayak ramai demi nyawa masing masing. 

Anehnya banyak negara negara membangun turut memansuhkan penjarakan diri serta  pemansuhan  pemakaian pelitup muka walaupun negara mereka belum setanding dengan negara negara maju dalam aspek perubatan, ini mampu memberi kesan terhadap rakyat jelata yang tinggal dinegara negara membangun dalam menjalankan rutin kerjaya seharian mereka dengan penuh kebebasan tanpa penjarakan mahupun memansuhkan pemakaian pelitup muka.

Bagi pesara pesara kakitangan perubatan dinegara negara maju mengingatkan setiap warga penduduk yang masih merasa ragu dengan Covid 19 boleh terus memakai pelitup muka terutama dikhalayak orang ramai, mereka juga boleh terus menjarak diri mereka dari orang ramai yang ghairah terhadap pemansuhan SOP penjarakan diri terutama orang yang sentiasa batuk semasa dikhalayak rama ujar mereka. 

Untuk rekod sehingga hari ini belum ada negara didunia mengistiharkan Covid 19 sifar dinegara mereka masing masing namun banyak yang ghairah dengan pemansuhan penjarakan diri serta pemakaian pelitup muka  masa kini.




Nota. Dilarang membuat  ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan