Ahad, 16 Julai 2023

MINYAK INI SIAPA YANG UNTUNG 

Oleh. Basron Kirwan 

Penjualan minyak masak pek plastik 

RM2.50 bersubsidi siapa yang mendapat keuntungan apabila sampai kepekan pekan kecil?, persoalan ini disuarakan penduduk asal disetiap negeri berikutan ramai sangat pekerja asing mengambil kesempatan berbaris bagi membeli minyak tersebut.

Selain pekerja asing dipercayai juga ada pendatang asing tanpa izin boleh membeli pek minyak tersebut berikutan penjual disetiap kedai tidak pernah meminta Kad Pengenalan bagi setiap pembeli, ini jelas mendorong Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin boleh berbaris dihadapan kedai penjual Minyak Masak Pek Plastik dalam 2 pek untuk seorang.

Bayangkan jika Pekerja Asing ada 50 orang dan Pendatang Asing Tanpa Izin ada 20 dalam satu kedai mereka yang tinggal dirumah setinggan sama mampu memperolehi  140 pek didalam kumpulan orang asing, bagaimana kah jika ada 4 kedai dalam satu pekan yang menjual minyak pek dalam plastik dikunjungi warga asing yang sama tentu mereka mampu menjual minyak tersebut didalam kongsi kediaman pekerja atau kloni setinggan dengan harga antara RM3.00 hingga RM3.50 satu pek ujar orang asal dalam negara ini.

Selain dari itu ada juga agent penjual Sardin Tin dengan harga antara RM1.00 hingga RM1.50 satu tin entah berapa modal harga sardin tersebut dari negara jiran, semua ini dikuasai oleh warga asing yang berkerja dinegara ini  khususnya warga Sarawak dan Sabah yangbkerap menjadi tumpuan warga asing tegas mereka.

Apapun pendedahan ini bukan satu bahan bacaan semata mata  melainkan satu cabaran bagi melakukan pemantauan bersama seiring  bagi membasmi  penyalahgunaan Minyak Masak Pek Plastik disalurkan kepada Pekerja Asing dimasa akan datang.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur.  Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan