Isnin, 10 Julai 2023

MAMPUKAH UMNO RAIH UNDI PRN 

Oleh. Norsham  Haji Tukirin

Ahli ahli UMNO yakin jika jentera setiap bahagian seiring diperingkat cawangan mendampingi segenap lapisan rakyat didalam kawasan masing masing tanpa terputus necaya sokongan rakyat jelata akan terus meningkat.

Sebaliknya sebilangan besar pemimpin bahagian dan cawangan yang leka kurang mendampingi rakyat berbilang kaum didalam jagaan masing masing, tidak perlu sesalkan kepimpinan diperingkat pusat sebaik pemimpin UMNO pusat memberi mandat mereka (dibahagian dan cawangan) menjaga rakyat setempat setiap 3 tahun.

Ada juga pemimpin bahagian dan cawangan yang sekadar bersandar ucapan para pemimpin UMNO pusat didengari rakyat jelata, sebaliknya mereka ramai yang dilapor tidak kenal rakyat walau berjumpa dalam kawasan cawangan masing masing.

Langkah kanan pemimpin bahagian dan cawangan temui dampingi segenap lapisan rakyat didalam kawasan cawangan masing masing jika mahu meraih sokongan dalam setiap pilihan raya negeri mahu pun parlimen amnya.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan