Ahad, 9 Julai 2023

PRN TERKINI PEMIMPIN GHAIRAH RAKYAT MENYEPI  

Oleh. Koijul Hairol 

Kuala Lumpur.  Menjelang pilihan raya enam negeri kali ini majoriti para pemimpin parti politik sudah ghairah bercakap mendapat sokongan rakyat disetiap kerusi yang mereka tandingi sehingga hari ini. 

Kebanyakan pemimpin parti politik terlalu yakin bahawa rakyat  keseluruhan  nya terus menyokong mereka  didalam pilihan raya negeri akan datang tanpa menyelusuri jiwa naluri seluruh rakyat sebenar. 

Bagi warga pengundi dienam negeri yang mahu bersuara kemana sokongan mereka didalam prn akan datang boleh menghantar kepada kami Media Terkini Harian sebagai merungkai kemana sokongan mereka semasa mengundi kelak.

Untuk rekod, BN dan PH akan bergabung menentang  Perikatan Nasional serta Muda dalam PRN tidak lama lagi bagi memastikan siapa pilihan rakyat menjadi kerajaan negeri selepas pilihan raya kelak.

Berdasarkan politik dalam negara ini kelantangan suara dikalangan pemimpin parti politik bukan pengukur rakyat sepenuhnya menyokong mereka didalam pilihan raya, ada juga pemimpin parti politik  yang selamba sahaja menemui rakyat dengan penuh keiklasan dan penuh bantuan pads rakyat yang ditemui akan meraih undi diluar dugaan. 

Bicara lantang bagi mencemuh parti politik lawan setiap hari tanpa mempamerkan keiklasan sumbangan pada warga yang memerlukan hanya menjadi kebancian rakyat yang memberi undi setiap kali pilihan raya.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan