Ahad, 30 Julai 2023

MENGAPA HARGA JAUH BERBEZA 

Oleh. Williem Anak Lagau 

Sabah. Rakyat Malaysia dinegeri ini meminta pemimpin kerajaan perpaduan dipusat turun ke Sabah melihat setiap kedai menjual  daging ayam yang dilaporkan serendah RM12.00 dan keatas sekilogram masa kini.

Ramai rakyat Sabah mendakwa tidak pernah melihat harga Ayam RM8.00 sekilogram dipelusuk negeri Sabah sejak setahun yang lepas malah saling meningkat masa kini,  oleh yang demikian setiap menteri dalam kerajaan perpaduan diperingkat pusat digesa warga Sabah datang sendiri melihat sebenar harga Ayam sekilogram diseluruh negeri ini tegas mereka. 

Bercakap sahaja  kadar harga ayam turun harga tidak mencukupi selagi tidak ada tindakan meninjau kadar harga yang dipaparkan harga oleh para penjual dipelusuk negeri Sabah sejak lebih setahun lalu jelas penduduk negeri Sabah. 

Kadar harga Ayam yang tinggi di Sabah bakal diterjemahkan oleh rakyat miskin menjelang PRN negeri ini pada masa akan datang, majoriti rakyat terkilan dengan perbezaan terlalu tinggi harga di Semananjung Malaysia dengan Sabah yang memiliki kandang penternakan ayam sendiri namun harga sangat tinggi ujar mereka.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lu
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan