Sabtu, 29 Julai 2023

CABARAN PRN RAKYAT PENENTU SIAPA DIPANGKAH 

Oleh. Basron Kirwan/Koijul Hairol

Kelantan. Rakyat dalam enam negeri yang mengadakan PRN seperti Kedah, Pulau Pinang, Terangganu, Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan harus memilih pemimpin parti politik yang mengetahui segala permasaalahan mereka sepanjang masa dan bukan nya selepas mereka menjadi wakil rakyat sahaja. 

Kuasa rakyat berdaftar sebagai pemilih (Pengundi) haruslah digunakan semasa meneliti semua yang bertanding calon berkempen pada masa 14 hari berkempen apakah yang dirancang agenda mereka itu mampu dilaksanakan.

Ini didedahkan beberapa aktivis politik ketika dihubungi semasa penamaan calon PRN enam negeri pada 29 Julai 2023 sebagai mendedahkan kuasa rakyat pengundi sepanjang kempen PRN kali ini.

Terlalu ramai yang ghairah menjadi YB dalam setiap kali pilihan raya namun jarang sekali berjiwa rakyat bagi menemui rakyat termiskin  sebelum adanya pilihan raya, ini membuktikan golongan terlibat hanya mengejar jawatan wakil rakyat serta dilantik menjadi apa juga jawatan dalam kerajaan yang dibentuk berbanding menolong rakyat mereka. 

Rakyat pengundi dalam PRN enam negeri kali ini perlu bijak meneliti keperibadian calon bertanding apakah sumbangan calon pada mereka selama ini sebelum terpilih menjadi calon, semua ini terletak didalam minda rakyat sebelum mereka memilih siapa yang perlu dipangkah memandangkan sebaik mereka pangkah calin dikertas undi yang diberi maka undi mereka tidak boleh diubah.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam.akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan