Selasa, 4 Julai 2023

AYOH BANGKIT PERTAHAN BUMI MALAYSIA 

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Mampukah warga Malaysia  bangkit bersama dengan kerajaan perpaduan bagi membatal dan mengambil tindakan undang undang segala tuntutan yang mengaku waris kesultanan Sulu dalam apa juga kepentingan negara Malaysia khususnya di Sabah secara berkekalan dalam jangkamasa panjang?.

Persoalan ini dikemukakan oleh beberapa bekas Angkatan Bersenjata Malaysia sebagai merujuk beberapa orang yang mendakwa pewaris sultan Sulu dilaporkan memperolehi sokongan kumpulan ahli perniagaan dari Amerika Syarikat baru baru ini.

Kebijaksanaan Dato' Sri Azalina Othman Said Menteri Undang Undang Dan Refomasi Institusi di Jabatan Perdana Menteri bersama YB. Senator Dato' Seri Dr. Zambry Abd. Kadir Menteri Luar Negeri Malaysia berjaya membatalkan tuntutan waris Sultan Sulu di Mahkamah Rayuan The Haque Belanda pada 27 jun 2023 lalu.

Kebertanggongjawaban kerajaan perpaduan pimpinan Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia,  perlu mendapat sokongan seluruh rakyat Malaysia khususnya warga Sabah agar tidak lagi tuntutan tidak berasas itu berulang dimasa akan datang.

Dalam konteks tuntutan mendakwa waris Sultan Sulu sehingga keperingkat luar negara wajar membuka mata seluruh penduduk Sabah dengan siap siaga membantu PDRM DAN ATM agar menjadi mata dan telinga jika wujud musuh dalam selimut menumpang dibumi Sabah sepanjang masa.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat  iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan