Rafah. Majoriti
keluarga tahanan Israel yang dibebaskan benci dengan kezaliman dan keganasan yang dilakukan terhadap penduduk Gaza dan Rafah sehingga segala rumah musnah dan ramai keluarga terkorban. Kemarahan mereka disampaikan dengan pembakaran baju yang dipakai semua tahanan yang dibebaskan zionis Israel baru baru ini, malah Israel juga disifatkan oleh warga Gaza dan Rafah tidak menghormati Bangsa Bangsa Bersatu sehingga sesuka hati menyerang tanpa usul periksa.
Semasa gencatan senjata antara Hamas dan Israel jet tempur perang Israel beberapa kali membedil tebing barat dan sempadan Beirut Lubnan, sedangkan Tebing Barat ramai rakyat Plastine menduduki kawasan tersebut namun entah mengapa Israel sentiasa memungkiri janji janji mereka didalam usaha damai.
Penduduk Gaza dan Rafah juga menyifatkan keangkuhan Israel berpunca dari sokongan Amerika Syarikat sejak kembalinya Donald Trump sebagai Presiden baru baru ini, tidak hairan lah wujud rancangan mahu memindakan penduduk Gaza dan Rafah kenegara ketiga sebagai langkah pembangunan Gaza dan Rafah ilham Donald Trump.
Bagi warga Gaza dan Rafah mereka berikrar akan terus mempertahankan bumi mereka walau apapun tindakan Israel dan Amerika Syarikat dimasa mendatang, terserah pada dunia Islam dalam bangsa bangsa bersatu adakah mereka membiarkan kami dihancurkan oleh Israel dan Amerika Syarikat pimpinan Donald Trump tegas mereka.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan