Isnin, 10 Mac 2025

TAREKAT ANA LOLOA SESAT

Oleh. Helary Sukiono

Sulsel. Umat Islam tempatan gempar lagi dengan satu ajaran menyimpang dengan bermula tahun lepas lagi jelas mereka.

       Ajaran terlibat digelar Tarekat Ana Loloa yang memiliki 11 rukun Islam disamping wajib menunaikan ibadah Haji di Gunung Bawakaraeng Kabupaten Gowa lapor pemilik ajaran tersebut.

     Pihak Majlis Agama Islam di Maros yang telah menyoal pembawa ajaran tersebut Petta Bau 59 tahun (gambar bulatan merah) mengaku ajaran nya bermula sejak tahun 2024 lagi, beliau Petta Bau mengaku ada mengajar bagi menuju Syurga hendak lah menjual sebahagian harta dikalangan pengikutnya sebagai langkah kesana jelasnya.

       Selepas dilakukan siasatan pertama Petta Bau memohon maaf dengan kesalahan nya dan meminta izin untuk berubah dengan bercucuk tanam di Maro, namun dilaporkan semula oleh warga tempatan kini secara senyap beliau Petta Bau mula menghidupkan semula ajaran yang direkanya sendiri.

      Amat membimbangkan jika ianya disebarkan melalui laman sosial masa kini dikalangan pengikut Petta Bau, bukan sahaja seluruh Indonesia mewarisinya malah mungkin dunia juga boleh terpedaya dengan ajaran sesat seumpama bagi warga cetek ilmu agama.

        Setiap umat Islam dirantau nusantara agar berwaspada dengan ajaran Tarekat Ana Loloa yang terlalu jauh menyimpang, ini diakui Majlis Ugama Islam Sulawesi Selatan yang menyiasat kes ajaran tersebut cukup bahaya jika disebarkan semula pasti memesong akidah katanya.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan