Sabtu, 8 Mac 2025

PRN SABAH SIAPA DIHATI PENGUNDI

Oleh. Jusupi Anak Kurdi @ Mohd. Saufi

Sabah. Pengumuman Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Afdal Presiden Parti Warisan Sabah bakal bertanding solo dalam PRN dijangka akhir tahun ini bakal menguji halatuju pengundi Sabah.

       Jika ianya tidak berubah disamping Parti Gabungan Rakyat Sabah juga bersendirian dan berentap dengan BN dan PH serta PKDM jelas bakal panas disetiap 73 kerusi Dun Sabah.

       Untuk reokd dari suara pengundi Sabah bukan PGRS sahaja parti asli Sabahan malah ianya terdiri dari PKDM, WARISAN, PIS, UPKO, PBRS, PAN, PERPADUAN dan beberapa lagi parti kecil yang lain, jika semua parti kecil yang ada di Sabah bertanding penuh 73 kerusi pada PRN akan datang bukan muda membuat ramalan siapa yang rakyat undi bagi membentuk kerajaan negeri selepas pilihan raya kelak. 

      Menurut maklumat pengundi Sabah yang ditemui, jika PH dan BN bergabung pastinya ada harapan memperolehi sokongan dari kawasan Cina dan KDMR, manakala pengundi melayu dipercayai bakal memilih UMNO dan PKR berbanding saling bertanding solo jelas pengundi Sabah masa kini.

       Pakatan Harapan dianggotai oleh PKR, DAP, AMANAH dan UPKO manakala BN dianggotai oleh  UMNO, PBRS, MIC dan MCA masing masing memiliki pengaruh tersendiri, dalam pertembungan parti parti berpengaruh seperti WARISAN dan PKDMR serta Parti Gabungan Rakyat Sabah bukan muda meramal siapa pengundi Sabah pilih ditambah pula parti parti kecil yang lain.

      Sementara jika pemimpin politik terlepas pandang suara sebenar rakyat jelata keputusan PRN akan datang tidak mustahil akan ada kejutan parti bersendirian lebih banyak peroleh sokongan, ianya bergantung dengan kerja mereka mendekati setiap rakyat luar bandar bermula dari March ini sehingga DUN Sabah dibubarkan tanpa henti demi perhatian pengundi muda dan veteran.

      Kru Media Terkini Borneo yang berusaha menghubungi beberapa pemimpin tertinggi parti di Sabah langsung tidak mendapat  jawapan dari parti yang dihubungi, ada juga pemimpin tertinggi parti politik Sabahan yang mendabik dada tidak perlu menggunakan bantuan Media Massa dengan penuh yakin menang dalam pilihan raya jelas mereka.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan