Selasa, 25 Mac 2025

SYARIKAT PEMBERSIHAN WAJAR MELATIH PEKERJA

Oleh. Norjairi Kirwan

Sabah. Setiap petugas pembersihan dilaluan awam perlu diberi latihan agar tidak sesuka hati menyapu menghalakan sampah kekaki masyarakat yang melintasi kawasan tersebut.

      Masyarakat awam juga manusia yang memiliki kesabaran terhad jika pekerja pembersihan langsung tidak bersopan ditempat laluan pejalan kaki, malah petugas pembersihan seharusnya mempelajari etika mendepani orang awam dilaluan umum agar sampah tidak disapu menghala didepan laluan mereka.

       Antara suara warga Sabah yang mendedahkan sebilangan pekerja pembersihan (tukang sapu) langsung tidak menghiraukan orang berjalan dilorong pejalan kaki, bayangkan lah sampah dan pasir yang disapu terus sahaja menghala ke kasut orang awam yang melalui lorong pejalan kaki tanpa tukang sapu berhenti memberi laluan ulas mereka. 

        Menurut sebilangan pejalan kaki yang sering menjadi mangsa tukang sapu ditempat awam jika mereka menceroboh didalam kedai masa menyapu ia tetap salah mereka, sebaliknya jika tukang sapu menyapu sampah dari dalam kedai sehingga keluar sampai kelorong pejalan kaki seharusnya tukang sapu berhenti menyapu bagi laluan orang awam melintas jelas mereka. 

       Dalam konteks ini pekerja pembersihan harus belajar etika berkerja ditempat awam khususnya pejalan kaki agar tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan hubungan kedua belah pihak, lorong laluan awam pejalan kaki perlu berhenti  menyapu selagi orang awam masih melintasi kawasan tersebut sebagai memberi laluan kepada mereka menggunakan laluan awam.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan