Ahad, 23 Mac 2025

UMNO SEPANGGAR SANTUNI ORANG MISKIN

Oleh. Gifkir Aming

Kerambunai. Seramai empat puluh keluarga warga kurang berkemampuan mendapat sumbangan makanan sempena bulan Ramadhan tahun ini, sumbangan tersebut

 disampaikan oleh Dat

uk Haji Yakub Khan Adun Kerambunai merengkap Ketua Bahagian Umno Parlimen Sepang

gar  di Surau Ar-Rahman Kg. Kebayau Tamalang pada 23 March 2025.

         Majlis tersebut diselitkan dengan Majlis Khatam AlQuran serta kunjungan pengagihan Bubur Lambuk terhadap keluarga bukan beragama Islam dari badan NGO yang menyertai program tersebut sejak lewat tengahari.

       Penduduk beragama Islam yang menerima sumbangan makanan dari Adun Kerambunai turut serta dengan Majlis Berbuka Puasa di Surau Kg. Kebayau,  bersama wakil rakyat Dun Kerambunai disamping menyakskkan kuiz ugama Islam bagi kanak kanak sebelum majlis berbuka puasa bersama para penduduk kampung tersebut.

        Semua penduduk kampung yang menerima sumbangan dari Datuk Haji Yakub Khan berterima kasih dengan keprihatinan beliau, walaupun sumbangan berkenaan tidak seberapa namun ianya sangat meringankan bebanan keluarga yang kurang berkemampuan ujar mereka penuh syukur jelas mereka.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan