Selasa, 11 Mac 2025

BAHANG PRN SABAH PANAS

Oleh. Basron Kirwan

Sabah. Pemimpin parti politik negeri ini saling mempromosikan diri bagi bertanding dalam PRN tahun ini menerusi impian mereka mahu menempah sokongan undi dari rakyat berdaftar sebagai pengundi, namun warga berdaftar sebagai pengundi pula ramai mendedahkan sekadar menonjol diri mengumumkan diri sebagai calon dalam pilihan raya bukan jaminan mereka menjadi wakil rakyat.

      Sebilangan warga pengundi pula menegaskan orang orang yang berhasrat mahu bertanding dalam pilihan raya wajib turun padang temui para pengundi, ramai rakyat pengundi juga sangat keciwa dengan orang parti politik yang banyak bercakap meminta sokongan undi namun hanya orang tertentu sahaka dibantu.

      Menurut warga pengundi lagi, ada juga ahli parti politik yang menghebahkan misi perjuangan mereka untuk membela rakyat dikawasan mereka tandingi, sebaliknya hasrat sebenar golongan terlibat hanya mahu menjadi wakil rakyat disamping peroleh jawatan jika terpilih dalam kerajaan.

       Ini yang didedahkan pengundi Sabah dengan pertumbuhan parti politik baharu dalam negeri dalam tinjauan Media Terkini harian Malaysia dekat sini, terlalu ramai orang parti politik baharu yang sukar dihubungi rakyat berdaftar sebagai pengundi khususnya warga kampung akui mereka.

       Jangkaan Dun Sabah bubar adalah Oktober 2025 sebaliknya kampung kampung terpencil jarang orang parti politik baharu kunjungi, ianya akan terus dikenang oleh penduduk yang berdaftar sebagai pengundi terutama generasi muda mudi serta ibu bapa mereka dikampung kampung terlibat.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan