Sabah. Terjerat pekerjaan Gaji Tinggi masih menular seluruh negara termasuklah Sarawak dan Sabah setiap tahun tanpa kesudahan.
Isu seumpama terus menghantui golongan belia dan beliawanis Sabahan apa tak lagi mereka yang taksub dengan pelbagai tarikan dilaman sesawang kerja gaji tinggi, sebaliknya bila sampai dilokasi yang dijanjikan mereka terus diculik dan dibawa kekawasan yangvbelum pernah mereka masuki dengan kawalan ketat ala mafia pasti menakutkan.
Selain dari itu ada juga orang tengah yang menjadi Tukang Bawa golongan muda mudi yang kemaruk mendapat kerja bergaji tinggi sedangkan mereka hanya diperalatkan sahaja, ini yang kerap dipergunakan oleh kumpulan agent mencari kerja diluar negara tanpa warga Sabah dan Malaysia merujuk kepada iklan kerja di akbar harian berdaftar.
Untuk rekod media massa berlesen kerap mendedahkan siaran berhati hati dengan Iklan Pencari Kerja Luar Negara dilaman sosial dengan gaji tinggi, namun ramai warga tidak menghiraukan siaran akbar berlesen sehingga lah ramai mangsa menjadi mangsa dikurung dinegara luar dalam masa masa tertentu.
Semua warga Malaysia dan Sarawak serta Sabah perlu merujuk setiap iklan jawatan kosong kepada pihak Kerajaan Malaysia sebelum menemui agent terlibat, jika mahu keselamatan lebih terjamin semua Iklan Yang Ditemui dalam laman sesawang meragukan minta nasihat dengan pihak berkuasa terlebih dahulu sebelum menemui agent terlibat.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan