Kuala Lumpur. Penduduk miskin Semenanjung Malaysia sudah mengecapi beras tempatan berharga murah dalam bulan Ramadhan ini bagi meringankan bebanan perbelanjaan mereka, namun bagaimana pula bagi warga Sarawak dan Sabah adakah beras tempatan serupa sudah sampai kenegeri tersebut dengan kadar harga yang terlalu murah demi membantu golongan warga miskin.
Beras bagi 10 kilogram hanya RM26.00 ketegori beras tempatan dijual kepada setiap negeri diseluruh Semananjung Malaysia entah ianya sampai ke Sarawak atau Sabah langsung tak ada maklumat, tanda tanya seumpama masih dalam teka teki berikutan belum ada sebarang sumber maklumat rasmi warga Sabah sampai kehari ini bagi keberadaan beras tersebut.
Mampukah beras tempatan harga murah ini berkekalan sehingga selepas hari raya aidiladha akan datang khususnya sampai kepada Sarawak dan Sabah?, hanya pihak kerajaan setiap negeri yang wajib berusaha memperolehinya demi keperluan setiap rakyat miskin diseluruh negara tanpa ada yang tercicir.
Sesungguhnya kata warga miskin yang ditemui, jika ada yang tidak memperolehi beras murah tempatan ini disetiap negeri ianya bergantung kepada kerajaan negeri masing masing, kuasa memperolehi beras tempatan termurah diseluruh negara terletak dalam bidang kuasa kerajaan negeri masing masing jika mereka prihatin kepada setiap orang miskin dalam negeri mereka.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan